Knowledge is POWER Rotating Header Image

September, 2011:

Motivasi Org Bisnes

——————————-
TAHUKAH anda??
Quantcast.com merupakan satu website yg menyediakan perkhidmatan untuk mengetahui kadar trafik bagi website
yg ingin ada ketahui. Yang, menariknya, ianya adalah PERCUMA!

————————————-

Kenapa kita perlu sentiasa bermotivasi dalam hidup ini?
Lebih-lebih lagi bagi seorang yg bergelar USAHAWAN. Dengan minda yg cemerlang, usahawan itu akan sentiasa bermotivasi dalam seharian kehidupan sebagai USAHAWAN. Dah namanya usahawan, orgnya mestilah sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk terus berjaya!

Bukit Bauk (Episod 1)

Semalam, Jumaat, kali kedua saya dapat me’rungkas’ Bukit Bauk, Dungun. Kali pertama adalah awal thn 2011, lupa bulan brp.

dan yg penting adalah saya berjaya kepuncak Bukit Bauk, walaupun niat asal hanya nak daki separuh jln sajer. Maklumlah, dah lama tak eksesais…sampai kejang2 paha & betis. Apapun, ramai sangat pengunjung, makcik pakcik yg datang pagi2 semata2 untuk berjoging dan bersantai bersama keluarga. Org kata, senaman ringan untuk keluarkan peluh.

Motivasi

Apakah? Sebenarnya saya ingin berkongsi betapa PENTING nya mind set yg betul bila kita membuat sesuatu. Perlu ada matlamat. Perlu ada ketabahan & sesabaran. Insyallah kita akan mencapai apa yg kita impikan. Same goes to our journey.

Sekarang, ramai anak2 muda berkecimpung didalam bidang ke-usaha-wan. Bidang ini perlu kecekalan yg tinggi. Namun, berapa kerat sgt yg mampu menahan ujian sepanjang menceburi bidang ini.

How to add Youtube Video into WordPress (2011)

How To: Set up a custom facebook iframe application tab 2011

PM umum pemansuhan ISA

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

“Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,’’ kata Perdana Menteri.

Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.

“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,’’ ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

“Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,

Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

[Sumber: utusan.com.my]

Case Study Cara Rahman Basri

How to Create Landing Page in FaceBook

Kelantan, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan kutip mata penuh

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Pasukan pilihan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan memulakan saingan Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi.

Juara bertahan Piala Malaysia edisi lepas, Kelantan menang mudah 2-0 terhadap Sarawak pada saingan kumpulan C yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Rentak perlawanan pada babak pertama seimbang apabila kedua-dua pasukan mengawal kebocoran barisan petahanan masing-masing.

Namun pada separuh masa kedua, Norshahrul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan ”The Red Warriors” dengan gol sulung pada minit ke-64 dan diikuti gol kedua melalui S.Chanturu pada minit ke-79.

Dalam satu lagi saingan kumpulan C, Felda United turut mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Johor FC 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Faderin Kadir menjadi wira pasukan Felda United apabila menyumbang dua gol pada minit ke-44 dan 67.

[Sumber - Utusan]