Knowledge is POWER Rotating Header Image

November, 2011:

Salam Ma’al Hijrah

Salam Maal Hijrah ke-1433 saya ucapkan.

Saya baru kembali dari kampung. Minggu lepas (hari Khamis) saya telah bertolak balik ke kampung halaman utk bercuti. Sekadar bercuti bersama wife saya. Melawat orang tua dikampung. Kebetulan hari Sabtu, 26hb Nov 2011 sepupu saya melangsungkan perkahwinan.

Pengertian Hijrah Bagi Saya =)

Saya menganggap, hari ni merupakan hari yg penuh makna. Azam baru telah tercetus di minda saya diawal pagi tadi jam 4.00 pagi. Maklum la, kita asyik duk azam baru sempena tahun masihi, tapi AMAT malas utk berazam sempena tahun baru ISLAM. Bagi saya, hidup ini hanyalah sementara. Satu permainan dunia semata-mata. Sebagai insan biasa yg tak boleh lari daripada melakukan silap, saya berazam untuk terus meningkatkan amal soleh.

Amal Soleh?

Amal soleh tu macam-macam saya boleh ‘goreng’ disini. Salah satunya, berdoa. Doa tu satu kemestian bagi seorang hamba. Kita hamba yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Tiap-tiap hari kita berhajat. Hajat yang tak sudah-sudah. Bangun tidor, terus terfikir, apa breakfast pagi ni?

So, apa doa sempena tahun baru ni, tak lain tak bukan, doa sempena tahun baru. Lebih-lebih lagi bila tiba Muharam.

Rahsia Diet Wanita – TIps Kuruskan Badan

Kawan saya ada berkongsi info dengan saya…

Baru-baru ni dia telah menyediakan satu laporan lengkap bagi wanita atau perempuan yang nak rampin seperti selebriti!

Wow…

AlimAriff.com - Rahsia Diet Wanita

Jika anda ada isteri, adik atau kakak perempuan, boleh la cuba-cuba tengok laman web ni:

http://rahsiadietwanita.com

Semoga bermanfaat kepada anda semua!
Adios…

Gagal Dalam Perniagaan??

Perniagaan memerlukan daya ketahanan fiikal & mental yg kuat.
Saya percaya, ramai yang telah mencuba pelbagai jenis perniagaan, namun masih tercari-cari manakan yang sesuai dengan jiwa masing-masing. Dalam satu siri email yang saya terima daripada Dr Irfan Khairi, jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia, beliau ada memberi sepatah dua kata semangat kepada USAHAWAN, tak kira lah perniagaan yg dibuat adalah secara ONLINE atau pun OFFLINE. Mari kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya…

Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.