Knowledge is POWER Rotating Header Image

February, 2016:

Formula Manusia vs Formula Allah

Formula manusia adalah logik matematik.
2+1=3
10-5=5

Formula Allah jauh berbeza dengan apa yang akal manusia fikirkan. Sangat diluar kotak pemikiran manusia normal. Maka faham lah saya kenapa ilmu sains perlukan sulihan agama untuk memahami erti hidup ini.

Baru-baru ini saya cuba praktikkan apa yang dikatakan formula Allah.

Teorinya begini..

Untuk kaya, mesti banyakkan sedekah. Secara matematiknya:
10-1=10×10
10+10=20

Fahimtum? =)

IMG_1334.JPG

Daripada Oil & Gas kepada Oil & Grease

Harga semasa crude oil mengikut BRENT price adalah USD32.74 per barrel. Satu rebounce yang agak baik setelah dunia menjadi cemas seketika bila harga crude oil jatuh & terus jatuh kepada paras terendah yang pernah dicatatkan, iaitu USD25 per barrel.

Ekonomi negara sekarang? Amat tenat. Kita perlu sedar negara dalam kepenatan. Walaupun pelbagai cara orang kita cuba menyembunyikan keadaan ini.

Perlukah saya berubah & keluar daripada zon selesa sekarang? Oil & Gas bukan lagi zon selesa. Namun saya amat yakin, cycle akan berubah. Hanya masa yang menentukan. Tapi ekonomi kali ini cukup berbeza jika berbanding cycle-cycle sebelum ini.