Knowledge is POWER Rotating Header Image

Motivasi

Formula Bebas Hutang

Salah satu kunci kepada kebebasan kewangan ialah dengan menghapuskan hutang tidak baik (bad debt) anda dan mendapatkan hutang baik good debt).

(more…)

Formula Manusia vs Formula Allah

Formula manusia adalah logik matematik.
2+1=3
10-5=5

Formula Allah jauh berbeza dengan apa yang akal manusia fikirkan. Sangat diluar kotak pemikiran manusia normal. Maka faham lah saya kenapa ilmu sains perlukan sulihan agama untuk memahami erti hidup ini.

Baru-baru ini saya cuba praktikkan apa yang dikatakan formula Allah.

Teorinya begini..

Untuk kaya, mesti banyakkan sedekah. Secara matematiknya:
10-1=10×10
10+10=20

Fahimtum? =)

IMG_1334.JPG

Daripada Oil & Gas kepada Oil & Grease

Harga semasa crude oil mengikut BRENT price adalah USD32.74 per barrel. Satu rebounce yang agak baik setelah dunia menjadi cemas seketika bila harga crude oil jatuh & terus jatuh kepada paras terendah yang pernah dicatatkan, iaitu USD25 per barrel.

Ekonomi negara sekarang? Amat tenat. Kita perlu sedar negara dalam kepenatan. Walaupun pelbagai cara orang kita cuba menyembunyikan keadaan ini.

Perlukah saya berubah & keluar daripada zon selesa sekarang? Oil & Gas bukan lagi zon selesa. Namun saya amat yakin, cycle akan berubah. Hanya masa yang menentukan. Tapi ekonomi kali ini cukup berbeza jika berbanding cycle-cycle sebelum ini.

Blackberry Rugi!

Blackberry baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi akan mengurangkan 40% pekerja lantaran ingin menampung kerugian.

Dalam Majalah IK, ada share tentang nasihat berguna untuk para saudagar, agar sediakan beberapa sumber kewangan sebagai backup plan.

My Time…hrmm

Masa itu emas. Org lain dah berada disamping isteri terchenta, saya masih tegar berdiri di kilang. Sungguh menyedihkan..
Cayooookk!

20130104-101747.jpg

Ini Impian Saya =)

Tak salah untuk kita berimpian. Semakin tinggi impian kita, semakin membara usaha yg kita akan tonjolkan. Ianya merupakan satu motivasi. Motivasi untuk mencapai apa yg kita impikan.

(more…)

Jiwaku gemuruh?

Lirik? Click more…

(more…)

Masa itu EMAS

Hari ni saya outstation…

Sedar tak sedar, tahun ni dah masuk bulan Mac 2012. Cepat sungguh masa berlalu. Banyak perancangan yang telah saya plan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Maklum la, orang ber-kerjaya macam saya ni, dengan kata lain makan gaji, perlu menguruskan masa dengan bijak. Nak uruskan masa bersama keluarga, masa ditempat kerja, masa untuk menguruskan bisnes offline & online saya, dan tak lupa juga masa untuk beribadah. =)

Orang sibuk dengan dunia, tiada masa untuk akhirat?

(more…)

SIKAP merupakan kunci kejayaan

Cikgu saya cakap, kalau nak berjaya mesti sentiasa berfikiran POSITIF. Bila kita berfikiran positif, insyallah segala apa yang kita kerjakan akan menjadi mudah, biarpun sukar. Macamana tu?

Yakin dengan apa yang kita lakukan…

Gagal Dalam Perniagaan??

Perniagaan memerlukan daya ketahanan fiikal & mental yg kuat.
Saya percaya, ramai yang telah mencuba pelbagai jenis perniagaan, namun masih tercari-cari manakan yang sesuai dengan jiwa masing-masing. Dalam satu siri email yang saya terima daripada Dr Irfan Khairi, jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia, beliau ada memberi sepatah dua kata semangat kepada USAHAWAN, tak kira lah perniagaan yg dibuat adalah secara ONLINE atau pun OFFLINE. Mari kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya…

Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.