Knowledge is POWER Rotating Header Image

Muharam

Salam Ma’al Hijrah

Salam Maal Hijrah ke-1433 saya ucapkan.

Saya baru kembali dari kampung. Minggu lepas (hari Khamis) saya telah bertolak balik ke kampung halaman utk bercuti. Sekadar bercuti bersama wife saya. Melawat orang tua dikampung. Kebetulan hari Sabtu, 26hb Nov 2011 sepupu saya melangsungkan perkahwinan.

Pengertian Hijrah Bagi Saya =)

Saya menganggap, hari ni merupakan hari yg penuh makna. Azam baru telah tercetus di minda saya diawal pagi tadi jam 4.00 pagi. Maklum la, kita asyik duk azam baru sempena tahun masihi, tapi AMAT malas utk berazam sempena tahun baru ISLAM. Bagi saya, hidup ini hanyalah sementara. Satu permainan dunia semata-mata. Sebagai insan biasa yg tak boleh lari daripada melakukan silap, saya berazam untuk terus meningkatkan amal soleh.

Amal Soleh?

Amal soleh tu macam-macam saya boleh ‘goreng’ disini. Salah satunya, berdoa. Doa tu satu kemestian bagi seorang hamba. Kita hamba yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Tiap-tiap hari kita berhajat. Hajat yang tak sudah-sudah. Bangun tidor, terus terfikir, apa breakfast pagi ni?

So, apa doa sempena tahun baru ni, tak lain tak bukan, doa sempena tahun baru. Lebih-lebih lagi bila tiba Muharam.